Alatan yang diperlukan
1-Parang
2-Gergaji
3-Kertas pasir
4-Tali - tali yang kukuh tidak ada spesifikasi jenis yang sesuai.Rotan, akar kayu,tali rafia,dan apa jua.Tetapi lebih bagus tali daripada pelupuh buluh.
Bahan utama untuk menyediakan rakit tradisional yang biasa digunakan di asia tenggara ini semestinya buluh. Untuk rakit yang sempurna, cari lah buluh yang yang bersaiz besar seperti buluh betong atau apa sahaja buluh yang dirasakan sesuai. Buluh-buluh ini biasanya tumbuh secara berumpun di tebing-tebing sungai.Sesiapa yang tinggal di kampung pastinya arif dengan rumpun-rumpun buluh ini.
Setelah mengenalpasti buluh yang cantik dan sesuai saiznya untuk dibuat rakit, tebang 10-12 batang buluh menggunakan parang mengikut kesesuaian saiz rakit yang dikehendaki.Jika mahu rakit anda lebar, boleh tambah jumlah buluh. Panjang buluh yang diperlukan adalah antara 20 hingga 30 kaki. Sebuah rakit boleh dinaiki oleh dua hingga empat orang berdasarkan keteguhan buluh dan ikatan tali rakit tersebut.
Buluh-buluh yang siap ditebang perlulah dicantikkan. Nak cantik, kemaskan potongan buluh dihujung dan pangkalnya dengan gergaji, buat semuanya dalam panjang yang sama. Licinkan dengan kertas pasir bagi sesiapa yang rajin ye.


0 ulasan:
Catat Ulasan