Selasa, 25 Mei 2010

Mari Belajar Cara Membuat Rakit

Alatan yang diperlukan
1-Parang
2-Gergaji
3-Kertas pasir
4-Tali - tali yang kukuh tidak ada spesifikasi jenis yang sesuai.Rotan, akar kayu,tali rafia,dan apa jua.Tetapi lebih bagus tali daripada pelupuh buluh.

Bahan utama untuk menyediakan rakit tradisional yang biasa digunakan di asia tenggara ini semestinya buluh. Untuk rakit yang sempurna, cari lah buluh yang yang bersaiz besar seperti buluh betong atau apa sahaja buluh yang dirasakan sesuai. Buluh-buluh ini biasanya tumbuh secara berumpun di tebing-tebing sungai.Sesiapa yang tinggal di kampung pastinya arif dengan rumpun-rumpun buluh ini.

Setelah mengenalpasti buluh yang cantik dan sesuai saiznya untuk dibuat rakit, tebang 10-12 batang buluh menggunakan parang mengikut kesesuaian saiz rakit yang dikehendaki.Jika mahu rakit anda lebar, boleh tambah jumlah buluh. Panjang buluh yang diperlukan adalah antara 20 hingga 30 kaki. Sebuah rakit boleh dinaiki oleh dua hingga empat orang berdasarkan keteguhan buluh dan ikatan tali rakit tersebut.

Buluh-buluh yang siap ditebang perlulah dicantikkan. Nak cantik, kemaskan potongan buluh dihujung dan pangkalnya dengan gergaji, buat semuanya dalam panjang yang sama. Licinkan dengan kertas pasir bagi sesiapa yang rajin ye.

Susun tiga atau empat batang kayu atau buluh untuk dijadikan tapak rakit . Susun di bahagian kedua-dua bahagian yang hampir dengan hujung buluh dan bahagian tengah. Tapak ini mengikut lebar rakit.Setelah susun dengan cantik, susun pula buluh-buluh yang panjang di atas tapak tadi.Susun satu satu.Susun ikat.Begitulah seterusnya sampai siap. Jangan lupa untuk mengikat pada setiap kayu tapak yang disusun tadi. Pastikan ikatan kemas dan kuat.
 
Jangan lupa untuk sediakan kayu atau buluh untuk digunakan sebagai pengemudi rakit. Macam itu lah cara pembuatan rakit. Nak lebih lagi, gunakan kreativiti anda untuk tambah bumbung atau apa sahaja untuk menjadikan rakit ada lebih fleksibel dan selesa.

Renungan Sejenak

Hari ini seperti biasa, rutin harian saya adalah mengemaskini email peribadi saya, memeriksa email masuk dan juga membalas email daripada kawan-kawan. Dalam banyak-banyak email, saya tertarik untuk berkongsi tentang satu email daripada seorang sahabat. Tajuknya, " Aku Insaf Selepas Membaca Kisah Benar Ini" . Sebenarnya, kisah yang sama ini pernah juga saya baca di blog pakarhowto.com pada posting bulan April namun belum terlintas untuk berkongsi pada masa itu. Selalu cakap pasal "rakit" je, sekarang kita buka minda sedikit untuk membincangkan isu yang sedikit serius. Dalam keseronokan beriadah, kita juga perlu memikirkan hal-hal kehidupan yang lain.


 
Kisah ini berkaitan dengan insan mulia yang cukup lembut hatinya. Tiada siapa yang dapat menafikan hal ini. Mungkin pada luaran insan istimewa ini ada yang garang, atau apa jua karaktor namun hakikatnya, jauh di sudut hati yang sememangnya Allah telah mengurniakan sifat lembut hati itu. Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah insan mulia yang istimewa dan dikurniakan hati yang lembut itu. Ia insan yang kita panggil ibu, umi, emak, mak, mek, mom, mama, dan apa jua panggilan khas buat insan yang melahirkan kita ke dunia ini.


 
Bagi sesiapa yang sudah berkahwin, janganlah dilupa atau buat-buat lupa bahawa ibu mertua itu juga setaraf dengan ibu kandung kita yang wajar dihormati dan dijaga hati mereka.Kisah yang ingin saya kongsi adalah seperti berikut. Diharap apa yang ingin saya kongsikan ini turut memberi kesan kepada individu yang sudi membaca sehingga noktah terakhir. Selamat membaca...



Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa”
Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. “Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,”katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.
Saya pohon padanya, “Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?” Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini.” Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,”Tak ada apa-apa”. Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berhat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, “Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mam tak nak bagitau.” Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?”Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.


Akhirnya dia bersuara. “Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesakali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.” Saya terkedu. Mama menyambung, “Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?” Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa.”


Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, “Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri kan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!”. Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.” Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan di dunia dan di akhirat.


Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya.” Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon.”Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.” Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selam ini.


“Syukur kamu dah insaf. Selam hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, taapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata ‘órang tua bodoh. Tak ada otak’” Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, “Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!” Akhirnya dosa si anak diampunkan.


Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan ‘tak ada apa-apa’ dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan ‘apa-apa’ yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku, mimik muka atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.”dan doa ibu setaraf doa para nabi… dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya.” An-Nisa’:36


P/s- Saya tidak tahu sumber asal artikel ini. Tetapi penghargaan kepada pakarhowto.com kerana berkongsi kisah benar ini. Saya percaya ramai anak-anak di luar sana yang tidak menyedari tingkah laku, mimik muka, atau tutur kata yang mengguris perasaan ibu. Mungkin jua ada yang sudahpun bergelar ibu tapi masih kurang "sifat keibuan" itu sendiri. Sejarah pasti berulang, kalau kita ada perasaan dendam, marah atau apa sahaja terhadap insan bergelar ibu, cepatlah mohon ampun sebelum terlambat. Kalau masih terus dengan ego sendiri, ingatlah, janji Allah itu pasti, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri kita sendiri dan pada masa itu anak kita pula yang bersikap kurang enak terhadap kita. Na'udzhubillah....Mohon dijauhkan daripada pembaca semua.amin.....

Sabtu, 22 Mei 2010

Rakit Rakit dan Rakit

Baru-baru ini telah diadakan ekspedisi berakit yang disertai warga pendidik SK Batu Talam Raub Pahang. Mari kita tinjau aktiviti mereka 


                                     
Para Peserta Berakit


                         
Peserta-peserta sedang menunggu giliran


                         
Gaya seorang peserta aktiviti berakit


                                     
Peserta Beraksi
                        
                                      
Bekerjasama Menempuh Halangan


                                     
Gaya Santai


                                     
Menyediakan BBQ secara tradisional


                                      
Sedap


                                     
Lepas makan peserta menyambung aktiviti berakit


                        
Cikgu-cikgu berakit