Selasa, 25 Mei 2010

Mari Belajar Cara Membuat Rakit

Alatan yang diperlukan
1-Parang
2-Gergaji
3-Kertas pasir
4-Tali - tali yang kukuh tidak ada spesifikasi jenis yang sesuai.Rotan, akar kayu,tali rafia,dan apa jua.Tetapi lebih bagus tali daripada pelupuh buluh.

Bahan utama untuk menyediakan rakit tradisional yang biasa digunakan di asia tenggara ini semestinya buluh. Untuk rakit yang sempurna, cari lah buluh yang yang bersaiz besar seperti buluh betong atau apa sahaja buluh yang dirasakan sesuai. Buluh-buluh ini biasanya tumbuh secara berumpun di tebing-tebing sungai.Sesiapa yang tinggal di kampung pastinya arif dengan rumpun-rumpun buluh ini.

Setelah mengenalpasti buluh yang cantik dan sesuai saiznya untuk dibuat rakit, tebang 10-12 batang buluh menggunakan parang mengikut kesesuaian saiz rakit yang dikehendaki.Jika mahu rakit anda lebar, boleh tambah jumlah buluh. Panjang buluh yang diperlukan adalah antara 20 hingga 30 kaki. Sebuah rakit boleh dinaiki oleh dua hingga empat orang berdasarkan keteguhan buluh dan ikatan tali rakit tersebut.

Buluh-buluh yang siap ditebang perlulah dicantikkan. Nak cantik, kemaskan potongan buluh dihujung dan pangkalnya dengan gergaji, buat semuanya dalam panjang yang sama. Licinkan dengan kertas pasir bagi sesiapa yang rajin ye.

Susun tiga atau empat batang kayu atau buluh untuk dijadikan tapak rakit . Susun di bahagian kedua-dua bahagian yang hampir dengan hujung buluh dan bahagian tengah. Tapak ini mengikut lebar rakit.Setelah susun dengan cantik, susun pula buluh-buluh yang panjang di atas tapak tadi.Susun satu satu.Susun ikat.Begitulah seterusnya sampai siap. Jangan lupa untuk mengikat pada setiap kayu tapak yang disusun tadi. Pastikan ikatan kemas dan kuat.
 
Jangan lupa untuk sediakan kayu atau buluh untuk digunakan sebagai pengemudi rakit. Macam itu lah cara pembuatan rakit. Nak lebih lagi, gunakan kreativiti anda untuk tambah bumbung atau apa sahaja untuk menjadikan rakit ada lebih fleksibel dan selesa.

0 ulasan: