Ahad, 20 Disember 2009

Sedikit maklumat berkaitan Rakit.....

Bila sebut tentang berakit mesti orang akan terfikirkan peribahasa melayu "berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian", persoalannya sekarang, sejauh manakah pengetahuan muda-mudi sekarang tentang aktiviti berakit itu sendiri? Apakah itu berakit? Bagaimanakah bentuk rakit?

Rakit merupakan satu daripada pengangkutan air yang satu ketika dulu menjadi nadi utama untuk menghubungkan satu tempat ke satu tempat yang lain...macam kereta, bas, lrt,monorel,macam tu jugalah fungsi rakit. Bezanya ia digunakan sebagai pengangkutan di air,bukan di darat. Bermula daripada rakit, lahirlah adik-beradiknya yang lain seperti sampan, bot, kapal layar, kapal korek, jet ski, kapal selam, cruise, dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya.

Kalau dulu-dulu, rakit bukan sahaja jadi alat pengangkutan malah ada yang membuat rumah di atas rakit a.k.a rumah rakit. Kalau di Pahang dekat Temerloh, Lipis, Tembeling, rasanya ada lagi rumah-rumah rakit ni, negeri lain tak tahu la pula. Tujuan orang buat rumah rakit ni untuk senang nak berpindah randah. Macam caravan la juga..situ la van, situlah tempat berlindung...kalau nak berhijrah boleh bawa sekali rumah dan segala barang keperluan.

Sekarang dah teramat jarang orang menggunakan rakit sebagai alat pengangkutan. Malah susah nak jumpa rakit ni...terutama sekali rakit tradisional yang diperbuat daripada ikatan-ikatan buluh. Rakit sekarang semakin moden...siap ada pelampung lagi..

Kalau nak tahu, rakit juga merupakan satu daripada aktiviti riadah yang menyihatkan(boleh slim kalau selalu berakit tau), menyeronokkan, menerapkan semangat bekerjasama, meningkatkan daya berfikir, dan banyak lagi faedahnya. Nak tahu betul ke tak, kenalah cuba dulu. Memang dah terbukti...Mesti teruja nak berakitkan??Tapi nak berakit kat mana ye??Ha...berita baik bagi yang berminat untuk melihat rakit dengan mata kepala sendiri malah teringin merasai sendiri pengalaman berakit dan mengendalikan rakit, cepat-cepat la hubungi tuan puya blog ni ye..Zul 019-9305194.

Memang best berakit ni, bagi yang menggemari aktiviti riadah dengan santapan flora dan fauna yang memukau, meneroka alam ciptaan Ilahi, peluang macam ni memang la amat tak patut untuk dilepaskan..Siapa-siapa yang meminati seni fotografi juga pasti tidak menang tangan nak snap gambar-gambar yang menarik di sepanjang Sungai Lipis, semantan hingga ke Jeram Besu..Soal keselamatan pula jangan di bimbangkan kerana terdapat guide2 yang terlatih serta pasukan keselamatan yang sedia membantu perakit-perakit amatur ini.Nak lagi best??Hmm...ada BBQ sedap, dan sukan air...yang pasti menyeronokkan.Fuh...memang boleh hilang stress...dan enjoyyyy...Sangat sesuai untuk aktiviti Family Day, Reunion, Aktiviti Sekolah, Aktiviti pelajar Institut pengajian tinggi dan siapa-siapa juga yang bijak memanfaatkan masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah...Selain daripada seronok, kita juga dapat belajar menghargai alam ciptaan Ilahi ini sekaligus dapat membuka ruang untuk kita meneliti dan berfikir jauh daripada ruang lingkup kita yang biasa....terutama sekali bagi sesiapa yang hidup di bandar.... 



Ni sessi pilih rakit...pilih jangan tak pilih ye abang-abang, adik-adik

0 ulasan: